Wednesday, March 30, 2011

Koleksi Pantun Bdk Marine

menuntut ilmu di gua taha,
dlm menuntut sambil bertapa,
Rajin belajar, kuat usaha,
Bile gred, nak jadi apa???

rajin menghafal pointer tinggi,
pointer tinggi dean list lagi,
keje ape tgk rezeki,
konpom2 jadik balaci.

pointer tinggi dean list lg,
cukup kuota terima anugerah,
kompom2 jadik balaci,
sudah takdir perlu berserah...

cukup kuota terima anugerah,
rasa bangga tidak terkira,
sudah takdir perlu berserah,
buat kerj mesti gembira.

kapal layar dari cina,
singgah di pulau langkasuka,
bila dah konvo mmg la suka,
kerja satu pon x lekat2.

singgah belayar di pulau pukat ,
belabuh sebentar memungah barang,
keja satu pon tak lekat-lekat,
Mase interview bnyk temberang.

belabuh sebentar memunggah barang,
barang makanan,barang dagangan,
Mase interview banyak temberang,
Masa kat kelas banyak beranagn.

putera rom puteri cina,
betemu cinta dilangkasuka,
bertemu pulak boss yg cerewet,
mmg la xdpt keja..

bertemu cinta dilangkasuka,
tatkala makan sotong diawet,
memang la xdpt keje,
Bukan boss,tp ko yg cerewet

kehitaman seperti lade,
di letak ats meje,
serabut aku tgk c breder,
blaja lu bru pk pasl keje

di letak atas meje,
amat cantik warna kelender,
blajar lu br pk pasal keje,
itu ko bkn brader.

meje berwarne biru,
kerusi disorng bwh meje,
tutorial pun tiru,
ni kan keje.

test kuiz tutorial tiru takde pe,
mana nak sama waktu keje,
keje banyak takde ape,
asisten ramai yg bt keje.

Saturday, March 19, 2011

dengar..dengarkan dan selamat beringat...

PESAN ABANG
*lagu seperti di you tube*

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

"world invasion"


Bunyi tembakan dan dentuman bom berangkai yg digugurkan dari udara oleh sekumpulan makhluk yg tidak dikenali asal usulnya...
Siapakah sebenarnya mereka dan apa tujuan meraka berbuat demikian.....Bergitulah intro bagi muvie "world invasion" di mana,penaklukkan yg cuba dilakukan oleh alien dgn bersenjatakan peralatan canggih di L.A...

Aku, mirul, zulkey n wan puas menonton cerita tersebut kerana aksi dan adegan yang diketengahkan amat menarik den disertakan babak yang mengejutkan penonton..Walaupun muvie ini berteraskan action tetapi tersemat juga babak yang menyentuh perasaan, terutamanya berkaitan dgn hubungan kekeluargaan.....

"Mariner is never quit" said Sarjan Mayer selaku hero dan juga seorang mariner di dlm filem ini kpd anak buahnya setelah ketua yg mengetuai mereka mati kerana mempertahankan pasukannya....Aku amat tertarik dengan ayat diungkapkan kerana sebagai mariner kita tidak boleh mengalah dalam mencapai objectif atau tujuan yang diberikan..

Cerita ini juga, menunjukkan semangat juang yg tinggi bagi menghapuskan musuh tanpa mementingkan diri sendiri dan berkerja secara berpasukan. Ia amat bertepatan degan keperluan sebagai "mariner" yang mementingkan kerja berpasukan dan kesepakatan.

Puncak kepada cerita ini, apabila pusat kawalan alien berjaya dimusnahkan dengan menggunakan peluru berpandu yang berpandukan kepada pancaran leser yg dipancarkan oleh pasukan srjan mayer...

Thursday, March 17, 2011

Ape nak jadi......

"Best giler tido ptg2 nie"

Itulah ungkapan yang boleh aku terjemahkan dengan keadaan yang berangin serta mendung tatkala menunggu waktu kelas jam 6pm nanti... Aku duduk termenung sambil membaca komen2 dari facebook kwn2 aku...Mcm2 komen yang diberika, ada yang seperti ke anak-anakkan dan ada pula yang kedewasaan. Ada sahaj bahan yang membuatkan aku ketawa dan senyum keseorangan...

Itu sekarang, tetapi bagai mana pula keadaan masa akan datang, itu lah yang aku renungkan dan fikirkan selepas selesai melayan facebook...dgn segeranya membuka blog untuk menulis sesuatu yang boleh dikongsikan bersama...
Kwn2 tau, kini aku berada di tahun akhir dalam pengajian di UniKL MIMET..Insyaallah tahun depan aku bakal kembali ke syarikat tmpt aku berkerja dahulu, yg terletak di Pasir Gudang Johor...

Selepas itu, aku bercadang untuk mendirikan rumahtangga selepas 5tahun berkerja..Mugnkin agak lewat aku berkahwin, tetepi bagi menguruskan hal yang perlu terlebih dahulu...aku sanggup untuk berkahwin lewat bagi menunaikan tanggungjawab yang di berikan..
Selain berkahwin, aku juga berniat untk memiliki sebuah or lebih rumah utk didiami kelak serta sebuah MPV bagi kegunaan seharian...

Itu mengenai kehidupan selepas berkerja..tp yang pasti aku akan merindui suasana alam pembelajaran yang aku hadapi sekarang...Walaupun di sini aku agak kebosanan terutamanya dihujung minggu... Tetapi, mempunyai kwn2 yang lbh muda (5 to 6 years muda dr aku) adalah keseronokan yang tidak dapat dirasai selepas ini...

....Berlari2 bagi mendapatkan lift pertama selepas habis kelas bersama dgn fahmi (bdk melaka) adalah aktiviti yg paling seronok dilakukan selapas kelas Applied Mechanic..Kepuasan terasa apabila aku dan fahmi dapat keluar bangunan akedemik lbh awal drp yg lain..

Besides that....melepak di slip way bersama kwn2 selapas berjoging, mengepau makanan bilik org laen, membuat ziarah ke bilik2 kwn, membuat komen2 panas didlm fb, copy and paste, tidur berlebihan, mendaki bukit busu dan pelbagai aktiviti yang menarik....Semua ini akan aku ingat dan kenang selapas aku tamat belajar kelak...


Bersambung......

Wednesday, March 16, 2011

Adakah kwn2 tahu??


Kawan2 tahu tak, terdapat pelbagai jenis kapal di muak bumi nie..Secara umumnya kwn2 boleh melihat carta seperti diatas, yang menunjukkan pecahan kapal.

So, klo kwn2 ada pertanyaan blh la ajukan k...

Sibuk...Time...Busy....Masa


...Jam 8pg aku pi kelas,12tgh mkn bersama kwn2 di cafe,12.30tgh tido, 1.30ptg bersiap ke kelas, 5ptg main bola,8.30mlm pi dinner, 9.30mlm mesyuarat, 11mlm bt asigment, 1pg tido.....

Mcm tue la keadaan seharian menjalani kehidupan..ada je keje yang perlu diuruskan.Walau tidak sesibuk mana dan tak kisah la tugasan kecil atau besar...semua nya perlu diselesaikan seperti di tentukan...

Kali ini, brader nak memberiakn pendapat dalam pengurusan masa seharian..Walaupun ia tanpak mudah diuruskan tapi ia adalah sebaliknya. Pengurusan masa ini penting dalam melatih kita dalam membuat penjadualan diri sendiri. Bagi membolehkan pengurusan di jalankan secara berkesan, kwn2 boleh membuat sedikit catatan dibuku kecil bagi mengingatkan perkara2 yg perlu diuruskan atau dirancangkan.

Selain itu, kwn2 boleh menggunakan cara "Looking Forward", di mana kwn2 cuba untuk mengagak perkara yang bakal berlaku dalam setiap pernacangan atau aturan sesuatu perkara.
Penggunaan cara ini, msih lagi kuang dipraktikan secara individu umumnya..Tetapi bagi bidang perniagaan ia telah menjadi faktor wajib dalam mencorakkan bentuk perniagaan.

Disamping itu, kwn2 boleh mencubanya sendiri denagn "menyibukkan diri" dalam melakukan pelbagai aktiviti, yang bertujuan untuk membiasakan kwn2 denagn persekitaran penjadualan yang tersusun. Kepada kwn2 yg telah berkerja mungkin situasi bergini sering terjadi..tetapi kpd pelajar adalah sebaliknya...

Diharapkan, dengan pendapat yang sedikait ini dapat membantu kwn2 dalam merancang masa dengan lebih tersusun dan berguna.

Monday, March 14, 2011

Kitab....


Kehadapan kwn2 dan pembaca sekalian....

Kita sebagai manusia tidak boleh lari dalam mencari pelita hidup iaitu ILMU. Sejak dari dilahirkan sehinggalah ke akhirnya kita sentiasa mempelajari ilmu secara terus atau melalui pengalaman. Tidak kisah lah ilmu itu bagi keperluan di dunia mahupun akhirat kita selaku manusia wajib menimba ilmu.

Terdapat pelbagai bentuk penimbaan ilmu, dan di antara yang paling biasa kita maklum adalah melalui penala'ahan atau pembacaan pelbagai buku. Tetapi jika kita belajar tanpa tunjuk ajar dari yang lebih arif, boleh la dikatakan berguru dengan syaitan kerana syaitan ini selalu berusaha untuk menyesatkan manusia.Oleh kerana itu setiap pembelajaran perlu di sertakan dengan tujuk ajar agar tujuannya tercapai.

Jesteru denagn itu, ingin saya kongsikan sedikit buku bagi tujuan pembelajaran kwn2 dan pembaca sekalian. Buku-buku ini telah di tukarkan ke dalam bentuk "Soft Copy" dan berkaitan dengan Marine Knowledge termasuklah bidang Elektrik, Senibina Kapal, Machinery, dan Perundangan.

Diharapakan dengan adanya beberpa buku ini, dapat membantu kwn2 dan pembaca dalam menghadapi atau menempuhi alam pembelajaran atau perkerjaan.