Sunday, March 13, 2011

"Learn from Experience"


Perkataan yang mudah difahami dan diterjemahkan dengan pelbagai difinisi bergantung kepada pemahaman kwn2...

Banyak yang kita boleh ambil dari pengalaman yang ditempuhi termasuklah "soft skill". Ingin di tekankan soft skill merupakan pembelajaran yang biasanya di dapati dari pengalaman dan pemahaman kerana ilmu ini tidak banyak ditulis atau diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Sebagai contoh, bagaimana kita ingin menangani masalah tingkah laku seseorang?
Mungikn kwn2 tau jawapannya tetapi bagaimana pula untuk melaksanakannya..Bentuk soalan yang bagaimana perlu diajukan bagi mengelakkan rasa hati seseorang itu, atau susunan jawapan yang perlu diberikan dalam menjawab sebrang persoalan yang ditanyakan...

Kwn2 semua perlu beringat bahawa, kita adalah manusia yang mempunyai perasaan dan nafsu serta akal dalam melakukan sesuatu. Di sini, sukalah saya mengingatkan kepada kwn2 agar berada di dalam keadaan yg positif bagi menjaga emosi dan tindakan seseorng dan diri kwn2...

Bersikap profesional, merupakan jalan yang bersesuaian bagi mengahdapi situasi sebegini. Bertitik tolak dari tue saya ingin megesa bahawa belajar melalui pengalaman itu perlu bagi mengasah "soft skill" dalam diri kwn2...

Perpatah Melayu ada menyebut "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" yang boleh diertikan sebagai,jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, manakan dapat hasilnya. Kepada kwn2 yang masih muda dan mentah dalam erti dunia yang sebenar, amatlah diharapkan kwn2 cuba mencari pengalaman dalam bekalan untuk menempuhi alam yang sebenar dikemudian hari. Jangan lah pula mengharapakn penglaman itu hadir setelah berkerja nanti, kerana kita sedia maklum nisbah pemintaan kerja dan tempat berkerja adalah tidak seimbang malah membimbangkan....

Diharapakan dengan penulisan yang pendek ini,dapat memberiakan sedikit laluan kepada kwn2 dalam mencari jalan pengalaman yang berguna kelak....tq.

No comments:

Post a Comment