Monday, March 14, 2011

Kitab....


Kehadapan kwn2 dan pembaca sekalian....

Kita sebagai manusia tidak boleh lari dalam mencari pelita hidup iaitu ILMU. Sejak dari dilahirkan sehinggalah ke akhirnya kita sentiasa mempelajari ilmu secara terus atau melalui pengalaman. Tidak kisah lah ilmu itu bagi keperluan di dunia mahupun akhirat kita selaku manusia wajib menimba ilmu.

Terdapat pelbagai bentuk penimbaan ilmu, dan di antara yang paling biasa kita maklum adalah melalui penala'ahan atau pembacaan pelbagai buku. Tetapi jika kita belajar tanpa tunjuk ajar dari yang lebih arif, boleh la dikatakan berguru dengan syaitan kerana syaitan ini selalu berusaha untuk menyesatkan manusia.Oleh kerana itu setiap pembelajaran perlu di sertakan dengan tujuk ajar agar tujuannya tercapai.

Jesteru denagn itu, ingin saya kongsikan sedikit buku bagi tujuan pembelajaran kwn2 dan pembaca sekalian. Buku-buku ini telah di tukarkan ke dalam bentuk "Soft Copy" dan berkaitan dengan Marine Knowledge termasuklah bidang Elektrik, Senibina Kapal, Machinery, dan Perundangan.

Diharapakan dengan adanya beberpa buku ini, dapat membantu kwn2 dan pembaca dalam menghadapi atau menempuhi alam pembelajaran atau perkerjaan.

No comments:

Post a Comment